Prosiding simposium psikologi dan kesihatan sosial-i 20017
Universiti Malaysia
Simposium ini merupakan satu majlis pertemuan di antara para cendekiawan, pakar, penyelidik dan pelajar bagi membincangkan persoalan ataupun isu. Bertemakan Psikologi dan Kesejahteraan Insan, perkongsian ilmu yang disampaikan dalam simposium ini secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada semua kerana kertas kerja yang dibentangkan mempunyai pelbagai subtema seperti kesejahteraan psikologi, psikologi positif, kesihatan sosial, personaliti dan perbezaan individu, kaunseling, psikologi kanak-kanak dan keluarga, psikometrik, pendidikan dan pembangunan sosial serta bidang sains sosial dan bahasa. Bukan itu sahaja, simposium ini adalah sebagai pentas permulaan kepada pelajar prasiswazah dan pascasiswazah untuk berkongsi hasil penyelidikan mereka. Kertas kerja yang dihasilkan adalah merupakan bukti empirikal dan boleh menjadi rujukan kepada orang lain. Pengalaman yang diperoleh daripada simposium ini juga boleh menjadi batu loncatan untuk peserta meneruskan penyelidikan melalui kerjasama yang terjalin dengan penyelidik lain. Psikologi dan kesihatan sosial adalah bidang yang sangat luas dan boleh dikaitkan dengan pelbagai bidang ilmu. Keserasian dengan ilmu lain menyebabkan bidang ini memberi impak mengikut fungsinya. Keadaan ini dapat dilihat contohnya melalui program National Blue Ocean Strategic (NBOS) yang memasukkan elemen psikologi dalam program dan juga perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam. Hal ini dapat menjelaskan kepentingan psikologi dalam pelbagai aspek. Oleh hal yang demikian, harapan saya kepada semua peserta dalam simposium ini, rebutlah peluang yang ada melalui jalinan kerjasama dengan peserta lain bagi menghasilkan penyelidikan yang boleh memberi impak besar khususnya dalam ilmu psikologi dan kesihatan sosial.
- No. Panggil 0701-2017-P001
- Edisi
- Pengarang Universiti Malaysia
- Penerbit Sabah Universiti Malaysia 2017